Wednesday, October 24, 2007

Salam Sejarah


Asssalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah berjaya mengumpul beberapa koleksi soalan Sejarah 1249/1 terutama kertas 1. Tujuan utama saya mengumpul koleksi soalan yang terdiri daripada pelbagai sumber ini adalah memberi peluang kepada pelajar-pelajar saya untuk membuat latihan secara kendiri.
Selain itu ianya juga menyelamatkan soalan-soalan ini daripada hilang atau terbiar tanpa digunakan oleh para pelajar. Selain daripada soalan-saolan percubaan atau soalan akhir tahun, saya juga bercadang untuk memasukkan koleksi soalan latihan mengikut bab yang terkandung dalam buku teks sekolah.
.....Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru terutamanya Puan Rugayah yang telah mengumpul dan menyumbangkan soalan-soalan tersebut.

Antara soalan-soalan terkumpul ialah soalan yang pernah dikeluarkan oleh:

i. ..Persidangan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM)
.....peringkat Negeri Kelantan
ii. .Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
iii. Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
iv. Portal Utusan Malaysia.
v. .Koleksi soalan latihan oleh guru-guru sejarah Kelantan.
vi. Koleksi soalan latihan mengikut bab.
v. Permainan Sejarah

Untuk menjawab soalan-soalan tersebut, anda dipersilakan
ke Laman http://sejarahspm.wordpress.com.
.
.

0 comments:

 
blog template by suckmylolly.com : header image by Vlad Studio